Rahsia Doa Mustajab
Asalamualaikum.
Hai. Macam kita semua tau doa itu ialah satu-satunya senjata mukmin.
Kita kena sentiasa berdoa selepas kita berusaha.Bila waktu sesuai untuk kita berdoa?
Sebenarnya, bila bila masa pun boleh kita berdoa. Sama ada nak atau tak nak je. Yang penting amalkan adab berdoa. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Jangan putus asa ye!
Sebenarnya, bila bila masa pun boleh kita berdoa. Sama ada nak atau tak nak je. Yang penting amalkan adab berdoa. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Jangan putus asa ye!
![]() |
| from: iluvislam.com |
Berdoa
merupakan suatu usaha kita untuk meminta bantuan Allah SWT. Segala permintaan
mestilah dipanjatkan kepada-Nya dalam keadaan penuh kesyukuran dan kerendahan
diri, seperti firman Allah SWT dalam surah al-’araaf ayat ke-55 :
“Berdoalah
kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan (suara) yang perlahan…”
Berikut
amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insyaAllah, merupakan jalan yang
baik untuk kita memohon pertolongan Allah SWT Segala apa yang ada di sini
adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis,
dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.
Waktu-waktu
Mustajab Doa
01.Satu
pertiga malam
Iaitu di
antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di
dalam hadis Imam Muslim, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu
langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang
menjaga langit pertama, “Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa? Aku akan
perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku
ampunkan dosanya”.
Maka
sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk
kita berdoa kepada Allah SWT.
02.Sewaktu
hujan turun
Ketika
ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.
03.Waktu
di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana
yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan
doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara
individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah
masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai
hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.
04.Sewaktu
membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad s.a.w. telah mengajarkan kita doa yang
khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.
05. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah
iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
06. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi
Muhammad s.a.w. menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai
sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu
dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat.
Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa
kepada Allah SWT.
Adapun
jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain
bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab
akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama’ fekah termasuk
As-Syafi’e rahimahullah.
07.Waktu
dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu
yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1)
Menurut Nabi Muhammad s.a.w., bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) Kta
orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih
kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan
di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. InsyaAllah…
![]() |
| Doalah untuk sesiapa yang kita sayang ;D |
Selamat berdoa ye.
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Comments
Post a Comment